Di usahakan sejak tahun 2002 milik perniagaan sri samudera desa yang merupakan sebuah premis yang membuat perkhidmatan pembuatan pastri bagi yang ingin mempelajari kemahiran tersebut. Hasil produk akan dijual pada setiap hari dan telah mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk sekitar nilai.
Sebuah perniagaan yang sudah berusia lebih 20 tahun, mereka mengambil jalan yang lebih mendatangkan manfaat dan dapat menarik lebih ramai pelanggan dengan membuat sebuah kafe yang menyajikan beberapa jenis hidangan yang istimewa. Kafe ini ditubuhkan setelah Covid-19 melanda yang mengakibatkan perniagaan mereka pada ketika itu agak sukar dengan beberapa fasa kawalan pergerakan. Hasil dari beberapa tahun tempoh berehat, sebuah kafe yang cantik mempunyai sebatang sungai menjadi daya tarikan utama kepada pelanggan.